Thursday, November 10, 2011
TeTiBa EmO leBih
Lirik Lagu Perpisahan Ini – 1st Edition ft Aizat Amdan
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
mood:suram..
TeRhaRu + SeDih
tp lagi terharu sampai2 meja ad org bg kfc plk..time kasih akk toki doki sbb blnje sy!(sgt terharu)hehehehe..
erm lg x than bile diorg ckp jgn bhnti hurm sedihnye..terima kasih semua staff gpb krn layan sy baik sgt..sy akn ingat smpai bile moment kje kt sini..terima ksh ye akk2 beri sy tunjuk ajar..! jmpe lg...bye2.
Wednesday, November 9, 2011
Hanya masa menentukan segalanya...
Pejam celik pejam celik dah msuk bln 11 dah xlama lagi muncullah bln 12..macam sekejap je kehidupan ni..mggu ni minggu last dah aku kje,mggu dpan nk balik buat persiapan ape yg ptt dah..u persiapan majlis nanti.
nnti ada masa aku update lg pgalaman menjelang hari bersejarah 2 k..hehehe
nerveous siot!!gile la mcm xpercaya je aku bakal jd isteri org x lama lg huh!!
Tuesday, November 8, 2011
ombak rindu cayalah..
xsbr nk tgk cita ni bile kuar panggung nnti,aku bace novel ni mase aku tingkatan 4 jenuh duk tgu turn nk bace,pnye la ramai org nak bace..dulu novel wajib dibalut ngan pembalut hadiah tkt kne rampas ngan warden.. hahhahaha..adoi dulu mmg femeous la novel ni sanggup xg mkn smata-mata nk khatam bace novel gile kentang la...tapi aku sempat bace ombak rindu dengan sambungan ombak rindu cinta tiada akhirnye je...
sambungan dr cinta tiada akhirnya aku xsmpat bace dah sbb waktu 2 dah dkt exam kne focus stdy plk..lpas exam balik umah lg la x ingat ape dh..hahaha..xsbr nk tgk...ingt nnti kalu ada mase nk g beli la novel ni,nk kembali membaca novel semula hahaha..
dalam cite ni aoron aziz jd haris lisa pula jd mila..maya karin jd izzah..tapi watak izzah yang dilakonkan maya karin aku rase macam xsesuai je..sbb watak izzah 2 ptt dilakonkan oleh pempuan yang polos sikit hehehe..tp xpe tengok dulu baru boleh komen kan..harap2 kesudahan dye best mcam dalam novel..
Thursday, October 20, 2011
convocation day!
akhirnya aku berjaya juga mendapat segulung diploma..ckup ke hanya diploma?hehehe,tetiba plak rase macam nak sambung ijazah plk lepas tengok orang dapat anugerah menteri besar. Terharu aku dengar ucapan budak yang dapat anugerah 2,dye hadiahkan hadiah menteri besar yang dye dapat 2 khas untuk mak dye sempena hari lahir mak dye,kalu aku lah mak dye sejuk perut mgndungkn ank cam 2 huhuhuhu..umi aku sejuk ke x mgandungkan aku hahhaha..
aku ni dah lari topik dah ni ok la berbalik pd convocation aku 2 semula..mmg excited gle la hari 2 kebetulan plk org2 tersayang aku hadir pd hari bersejarah 2..tme kasih to my family and my fiance krn sgp hdir!ni gmbar2 wktu hari convo 2,gambar ni semua aku amik kt gallery ikip hehheeh tme ksih gallery ikip..gambar aku waktu amik dip xpndang camera coz ad ke ptt menteri besar 2 boleh plk suh aku eja nama ayh aku kt atas pentas 2 plk adoi mamp0s dah xsmpat aku nk pndang camera hahaha...gmbar dalam camera aku semua xamik lg ada dalam camera kt karak,tgk gmbar ni dulu eaa nnti ak msukkn kemudian...ok ;)
Wednesday, October 12, 2011
ape cer???
Lama dah aku menyepi kecian blog aku ni dah bersawang dah agaknye,kawan-kawan sepejuangan aku rajin2 belaka meng"update" blog masing-masing teruskan perjuangan anda!aku sentiasa ada untuk membaca blog2 anda :).ape cite aku skang kan?banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku skang..
pertama: dulunya student skang dah bekerja
kedua:dulu single skang dah tunangan org.
huhuhuu dalam mase beberapa bulan je lg hidup aku bakal berubah iaitu dari menjadi tunangan orang ke isteri orang (huh bersediakah aku?)insyallah aku mampu untuk laluinya nnti.
xlama lg aku bakal ber "convo" huhuhu xsabarnya nk lalui hari yang besejarah tu..tahniah izzati! tamat jugak ko balajar ye..
Wednesday, April 13, 2011
hidup tidak selalunya indah..
hidup tidak selalu nya indah langit x selalunya cerah..apa yang ada dengan kehidupan?hidup ni hanya lah sementara je yang kekal adalah alam akhirat tp nk menempuh alam 2 bermacam-macam dugaan yang kita akan tempoh..ada orang kata pengalamn mematangkan fikiran kan?tp bukan senang nk mendapatkan sesuatu pengalaman ada yang manis ada yang pahit..terpulang pada individu 2 la nk mengawal sesuatu situasi tersebut..dulu waktu kecik2 pngalaman paling takut cabut gg,jatuh basikal kene pukul ngan mak,kene marah ngan cikgu dan macam-macam lg tapi bile meningkat dewasa ni berbeza pula pengalaman yang kita dapat,pengalaman belajar di tempat orang pengalaman berkawan,kadang gembira kadang kene tikam dari belakang,pergalaman bercinta semua pengalaman ni semua yang akan mematangkan hidup ni..tapi dapat ke kita tempuhinya berseorangan..?
dugaan yang dihadapi oleh setiap org adalah berbeza,allah xkan uji kita jika kita xdpt melakukannya tetapi jika allah uji kita maknanya allah yakin yang kita boleh menghadapinya tetapi bagaimana kita mengawalnya terpulang pada kita..
Ya ALLAH kuatkan semanagat ku untuh menghadapi semua dugaan yang dibrkan oleh mu..moga2 dengan dugaan mu ini dapat mematangkan ku dan dapat kuatkan semangat ku untuk terus hidup dimuka bumi mu ini..YA ALLAH sesungguhnya ku hanyalah hamba yang lemah dan perlukan bimbingan..Amin
Tuesday, April 5, 2011
BoRing...!!!
Sunday, February 20, 2011
KENapa DenGan aku ni!
Thursday, February 10, 2011
AdA Aper DenGan SanIATul?
SaNiAtuL IzZati
Wednesday, February 9, 2011
TuNaNg???
Renungan Bersama
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:
- Bersyukur, bersyukur, bersyukur
- Tekad Bermotivasi
- Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
- Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
- .Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
- Lihat Warna Cerah
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
- Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.